Hi, how can we help?

[Pulangan Bayaran Balik] Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan pulangan/bayaran balik?

BM | EN 

 

Anda boleh menghantar permintaan pemulangan atau bayaran balik terus melalui Aplikasi Shopee.
 
1) Bila Anda Boleh Membuat Permintaan 


2) Langkah Membuat Permintaan 

Langkah 1: Pergi ke Saya > Untuk Diterima
Langkah 2: Pilih pesanan anda
Langkah 3: Tekan Pemulangan/Bayaran Balik
Langkah 4: Pilih sebab (rujuk Kod Sebab di bawah)
Langkah 5: Terangkan isu dan muat naik 1–3 gambar/video yang jelas sebagai bukti
Langkah 6: Tekan Hantar

 

 

a6e4102b36d640329e7cc3d6df626016.gif 
 

3) Kod Sebab & Contoh

A. Saya tidak menerima sebahagian/semua barang saya

Sebab Pemulangan/Bayaran Balik

Definisi

Bungkusan tidak dihantar

Pengguna langsung tidak menerima bungkusan

Pesanan tidak lengkap

Kuantiti tidak mencukupi, aksesori hilang, atau hadiah tambahan tidak diterima

Bungkusan kosong

Bungkusan kosong atau mengandungi barang tidak berkaitan/bernilai rendah (cth: batu, surat khabar)


B. Saya menerima semua barang tetapi terdapat masalah

Sebab Pemulangan/Bayaran Balik

Definisi

Penjual menghantar barang salah

Produk/saiz/model/variasi tidak sama seperti yang dipesan

Bungkusan luar rosak

Barang masih elok tetapi bungkusan rosak

Calar/kemek

Kerosakan fizikal kecil; barang masih berfungsi

Cecair/isi tertumpah

Kebocoran menyebabkan kerosakan atau barang tidak boleh digunakan

Produk pecah

Barang pecah menjadi serpihan dan tidak boleh digunakan

Lain-lain kerosakan

Kerosakan tidak disenaraikan di atas

Produk rosak/tidak berfungsi

Barang tidak berfungsi seperti sepatutnya

Produk tiruan

Disenaraikan sebagai jenama mewah tetapi jelas tiruan (cth: kualiti kerja buruk, tiada label jenama)

Produk tamat tempoh

Barang berkulat atau label tamat tempoh

Ingin memulangkan barang dalam keadaan asal/masih belum dibuka

Barang masih berbungkus asal dan belum digunakan. Rujuk T&C.


4) Memilih Penyelesaian

Bergantung pada sebab anda, pilihan berikut akan dipaparkan:

  • Bayaran Balik Sahaja  – Tanpa pemulangan barang (cth: barang tidak diterima, barang kurang)

  • Pulangan & Bayaran Balik – Hantar semula barang untuk bayaran balik penuh

 Untuk kes Pesanan tidak lengkap

  • Pilih Bayaran Balik Sahaja untuk kuantiti yang tidak diterima; atau 

  • Pilih Pulangan & Bayaran Balik jika barang selebihnya tidak boleh digunakan tanpa set penuh.


5) Edit Kuantiti Barang (Permintaan Sebahagian)

 

5604dbbaa476426b8c4a4995f8323ced.gif

 

Anda boleh melaras kuantiti ketika menghantar permintaan. Disokong untuk:

  • Pesanan biasa

  • Tawaran bundle (Bundle deal)

  • Pembelian hadiah (Gift purchases)
  • Tawaran tambahan (Add-on deals)


6) Jejaki Permintaan Anda

 

Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy (1).gif

 

 

  • Pergi ke Saya > Lihat Sejarah Pembelian > Pulangan/Bayaran Balik

  • Pilih pesanan > tekan Bincang untuk: 

    • Semak status terkini 
    • Muat naik bukti tambahan jika diperlukan 

     

     

7) Pemulangan/Bayaran Balik bagi barang mudah rosak 

Rujuk: [Pulangan Bayaran Balik] Barangan fizikal tidak boleh dipulangkan: Barangan Mudah Rosak


8)
Menangani pesanan ditanda Dihantar tetapi tidak diterima 

 

Jika anda masih belum menerima pesanan walaupun status menunjukkan Dihantar, lakukan:

  1. Semak dengan ahli keluarga/jiran – Mungkin mereka terima bagi pihak anda. Juga semak peti surat, rak kasut di lobi, atau kawasan letak bungkusan biasa. 

  2. Hubungi penjual – Jika dihantar menggunakan penghantaran sendiri penjual, hubungi melalui Shopee Chat

  3. Hantar permintaan bayaran balik – Jika masih tidak ditemui dan dalam tempoh sah, buat permintaan bayaran balik dalam aplikasi. 


⚠️ Nota: Untuk kes barang tidak diterima, anda tidak perlu hantar bukti. Penyelesaian akan ditetapkan sebagai Bayaran Balik Sahaja dan Shopee akan menyemak kes tersebut. 

 

9) Pemprosesan Permintaan Bayaran Balik Sebahagian

Penjual boleh mencadangkan bayaran balik sebahagian selepas Shopee meluluskan permintaan. Anda mempunyai 3 pilihan:

a) Terima tawaran – Jika jumlah memuaskan, pilih Bincang > Terima Cadangan. Bayaran balik diproses, barang tidak perlu dipulangkan.

b) Berunding – Buat sehingga 3 tawaran balas. Pilih Bincang > Tawaran Balas > Masukkan jumlah > Sahkan. Kedua-dua pihak mesti respon dalam 24 jam.

c) Tolak tawaran – Pilih Teruskan dengan pemulangan > OK > Pulangkan barang untuk bayaran balik penuh.

Jika mana-mana pihak gagal memberi respon dalam tempoh masa ditetapkan, pembeli akan diminta memulangkan barang untuk bayaran balik penuh.

⚠️ Nota Penting

  • Kes barang tidak diterima tidak memerlukan bukti.

  • Keperluan bukti bergantung kepada sebab (rujuk Panduan Bukti Berkesan – pautan).

  • “Bayaran Balik Sahaja” hanya muncul untuk kes tertentu seperti barang tidak diterima/kurang.

  • Jika penghantaran permintaan gagal, cuba semula kemudian. Jika masih tidak berjaya, hubungi Khidmat Pelanggan.

Tip: Bukti yang jelas dan relevan membantu mempercepatkan penyelesaian kes anda.

Are you satisfied with the article?
Satisfied
Unsatisfied